NAMA : Liliana
Binti Janain
KAD MATRIK : EC1410016
BIDANG PENGAJIAN : Diploma Pendidikan Awal
Kanak-kanak
CITA-CITA : ingin menjadi seorang
guru yang bertauliah dan ingin membuka sebuah
tabika sendiri.
PENDAHULUAN
Pada era globalisasi ini, terdapat banyak
teknologi canggih yang telah dicipta terutamanya sekali komputer dimana
penggunaan pada masa kini amat berleluasa tidak kira kalangan kanak-kanak,
remaja ataupun kalangan bagi mereka yang telah berumur. Definisi komputer ini
terdapat beberapa pihak yang boleh ambil, antaranya;
1. Menurut
Tengku Iskandar (1997) dalam kamus dewan, telah mendefinisikan komputer sebagai
alat atau sistem elektronik yang digunakan untuk memudahkan penyimpanan
maklumat yang banyak dan kompleks serta membolehkan maklumat tersebut
dianalisis dan diperoleh ataupun digunakan dengan cepat pada bila-bila masa
apabila hendak digunakan.
2. Komputer
ini adalah alat elektronik yang menyimpan, menganalisis dan mengeluarkan
maklumat sebagaimana yang dikehendaki atau yang diarahkan ( kamus pelajar edisi
kedua).
3. Manakala
menurut Noran Fauziah Yaacub (1994) juga mendefinisikan komputer sebagai segala
jenis peranti, biasanya elektronik yang boleh menerima maklumat, melakukan
beberapa tatacara pemprosesan kepadanya dan memberi maklumat yang terhasil
daripadanya dalam bentuk yang sesuai kepada pengguna.
Sejarah
bermulanya penggunaan komputer ini di mana wujudnya permasalahan manusia dalam
pengiraan untuk kerja-kerja harian mereka dan terdapat alat mesin pengiraan
yang telah diwujudkan akan tetapi masih terdapat beberapa masalah. Oleh itu,
manusia pada masa itu sentiasa mencari dan berusaha untuk menambahbaikan mesin
pengiraan tersebut. Sejarah perkembangan komputer ini telah dibahagikan kepada
3 bahagian bagi menggambarkan pendekatan manusia ke arah penciptaan komputer
yang ada sekarang iaitu sejarah teknik merekod, sejarah mesin kad tebuk dan
sejarah komputer elektronik. Selain itu, terdapat beberapa buku yang menyatakan
bahawa sejarah pengkomputeran ini dibahagikan mengikut zaman kaedah primitif
dan zaman kaedah mekanik serta zaman kaedah elektronik. Kesimpulan kecilnya,
dalam sejarah perkembangan komputer yang berbeza akan tetapi kandungan tetap
sama di mana manusia akan menggunakan pelbagai jenis peranti dalam pemprosesan
data.
ISI-ISI PENTING
1. Dapat
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran.
Apabila
seorang guru menggunakan bahan pengajarannya melalui komputer, proses-proses
pencarian bahan pengajaran mudah dilakukan kerana komputer ini boleh menyimpan
maklumat data yang banyak. Bukan hanya itu sahaja seorang guru juga dapat
membuat persiapan yang awal sebelum melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran (PnP) di kelas. Contohnya, cikgu Siti menggunakan komputer di
sekolah untuk mencari bahan bantu mengajarnya sebelum masuk ke kelas. Apabila
cikgu Siti masuk ke kelas, cikgu Siti dapat mengajar kanak-kanak dengan lancar
kerana dapat membuat persiapan terlebih awal.
Oleh
itu, penggunaan komputer ini ia juga selaras pentingannya dalam penyambungan
internet kerana dalam penggunaan internet terdapat banyak yang sediakan dan
semakin berkembang pada waktu sekarang. Suasana perubahan zaman pada masa
sekarang ini, internet atau jaringan web terus berkembang dan mampu
mengendalikan unsur multimedia seperti grafik, bunyi dan video serta integrasi
Pengkalan data, pengemaskinian kandungan lama secara dinamik dan interaksi
kandungan web dengan pengguna. ( Harun Khalid, 2000).
2. Proses
pengajaran dan pembelajaran (PnP) akan menjadi lebih menarik dan berkesan.
Seorang
guru hendaklah memahami bagaimana sifat kanak-kanak ini dalam kelas apatah lagi
apabila belajar. Kemudahan teknologi komputer yang ditawarkan di sekolah amat
bersesuaian terhadap sesuatu pembelajaran di kelas kerana dengan kepelbagaian
yang ada disediakan tidak membosankan kepada kanak-kanak. Selain itu, dengan
penggunaan komputer dalam suatu PnP juga boleh mewujudkan corak pembelajaran
yang interaktif seperti yang dimaksudkan adalah melalui penyediaan guru
terhadap media yang mereka gunakan dalam kelas iaitu audio, video, graf atau
PowerPoint. Contohnya, cikgu Siti menggunakan audio dalam pembelajaran sains di
kelas mengenai bunyi-bunyi haiwan dengan menggunakan komputer.
3. Meningkatkan
kefahaman dan penguasaan kanak-kanak terhadap pembelajarannya.
Menurut
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) 1997, aspek teknologi yang telah
digabungkan dalam kurikulum di sekolah sebagai satu daya usaha untuk
menyemaikan dan memupuk minat serta sikap yang positif pelajar terhadap
perkembangan teknologi. Teknologi komputer ini yang semakin berkembang disetiap
sekolah banyak membantu pembelajaran kanak-kanak kerana kanak-kanak boleh
mengulang kembali setiap apa yang mereka tidak faham dalam pembelajaran mereka
di kelas. Sebagai contoh, kanak-kanak autisme jika bentuk pembelajaran mereka
kebanyakkannya literasi pasti kanak-kanak ini mempunyai masalah kerana fokus
mereka terhadap pembelajaran tersebut tidak sama seperti kanak-kanak yang
normal. Oleh itu, amat bersesuaian jika kanak-kanak autisme ini diajar melalui
bentuk teknologi komputer media audio.
4. Meningkatkan
imaginasi dan kreativiti kanak-kanak dalam pembelajaran.
Apabila
penggunaan komputer dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak
dapat melakukan suatu penerokaan dalam dunia maya melalui internet. Di mana
apabila mereka menggunakan internet mereka boleh melihat pelbagai hasil yang
kreatif melalui pelbagai aspek yang datang dari hasil kanak-kanak luar negara.
Disamping mereka telah membuat kajian ia boleh mewujudkan keyakinan diri
kanak-kanak dalam membuat suatu projek yang telah diberikan oleh cikgu mereka.
Sebagai contoh, cikgu Siti telah mengajar mereka bagaimana untuk membuat suatu
PowerPoint yang kreatif, bukan hanya itu sahaja cikgu Siti juga telah memberi
mereka contoh hasil dari kanak-kanak luar negara dan memberi mereka peluang
untuk mencari sendiri bagaimana projek PowerPoint yang kreatif.
5. Dapat
meningkatkan prestasi akademik kanak-kanak.
Kanak-kanak
yang mempunyai prestasi yang rendah dapat meningkatkan prestasi mereka melalui
pembelajaran penggunaan komputer di kelas kerana jika kanak-kanak pandai dan
lemah ini disatukan dalam kelas bagi satu subjek dapat membantu diantara satu
sama lain. Menurut Yakop (1985), kaedah menggunakan komputer dalam PnP ini
boleh mengatasi masalah kanak-kanak yang mempunyai kebolehan dan potensi yang
berbeza. Oleh itu, bagi kanak-kanak yang lemah mereka memerlukan kombinasi
medium dalam pembelajaran mereka seperti visual yang bergerak, animasi, teks,
grafik dan muzik, dimana kesemua medium ini dapat dilakukan dalam pembelajaran
komputer mereka.
PENUTUP
Kesimpulannya, penggunaan komputer dalam PnP ini amat sesuai bagi mengajar kanak-kanak kerana melalui penggunaan teknologi ini dapat meningkatkan akademik dan memberi minat yang tinggi kepada kanak-kanak terhadap pembelajaran mereka. selain itu, bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran juga dapat diperbaiki kerana melalui pembelajaran mereka ini dengan menggunakan komputer, kanak-kanak yang pandai boleh mengajar rakan-rakan mereka yang lain. Terakhir, kebaikan menggunakan komputer ini dalam kelas semasa PnP dijalankan dapat memudahkan segala proses pengajaran guru serta memudahkan juga setiap penyediaan kemudahan atau bahan bantu mengajar guru untuk pembelajaran kanak-kanak. Oleh itu, harapan saya terhadap penggunaan teknologi komputer di kelas ini harap dapat diperbaiki serta ditambah baik bagi setiap instruktur teknologi di sekolah kerana melalui semua ini ia dapat mewujudkan kanak-kanak yang berfikiran aras tinggi, kreatif serta berinovatif.
Kesimpulannya, penggunaan komputer dalam PnP ini amat sesuai bagi mengajar kanak-kanak kerana melalui penggunaan teknologi ini dapat meningkatkan akademik dan memberi minat yang tinggi kepada kanak-kanak terhadap pembelajaran mereka. selain itu, bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran juga dapat diperbaiki kerana melalui pembelajaran mereka ini dengan menggunakan komputer, kanak-kanak yang pandai boleh mengajar rakan-rakan mereka yang lain. Terakhir, kebaikan menggunakan komputer ini dalam kelas semasa PnP dijalankan dapat memudahkan segala proses pengajaran guru serta memudahkan juga setiap penyediaan kemudahan atau bahan bantu mengajar guru untuk pembelajaran kanak-kanak. Oleh itu, harapan saya terhadap penggunaan teknologi komputer di kelas ini harap dapat diperbaiki serta ditambah baik bagi setiap instruktur teknologi di sekolah kerana melalui semua ini ia dapat mewujudkan kanak-kanak yang berfikiran aras tinggi, kreatif serta berinovatif.