Rabu, 1 Februari 2017

Ciri-ciri Bilik Darjah Pada Masa Hadapan

Ciri-ciri bilik darjah dalam pembelajaran kanak-kanak pada masa hadapan yang ingin saya kongsikan bagi pendapat saya ialah terdapat beberapa revolusi dalam kelas yang boleh menggambarkan suasana kelas tersebut yang mengalami revolusi teknologi. Antaranya;

1. kanak-kanak hanya perlu membawa tablet mereka ke sekolah.



Pada waktu ini, penggunaan teknologi sangat penting bagi mana-mana masyarakat terutamanya pelajar kerana pada masa itu telah berlaku revolusi penggunaan komputer ke penggunaan alat pintar tablet. Tablet ini amat canggih berbanding komputer kerana alat ini boleh dibawa ke mana-mana sahaja. Bukan hanya itu sahaja, tablet ini juga boleh berfungsi pelbagai keperluan sepertinya boleh dijadikan sebagai buku latihan atau buku teks bagi kanak-kanak. Oleh itu, pada pendapat saya perkara pertama yang ingin saya alami adalah berlaku perubahan terhadap ciri-ciri buku teks dan buku-buku latihan mereka ke arah teknologi.

2. Setiap pengajaran dan pembelajaran guru yang telah sediakan terus bersambung ke tablet mereka.









Proses pengajaran dan pembelajaran pada masa ini, guru tidak perlu menyediakan suatu bahan yang susah untuk kanak-kanak pada waktu pembelajaran itu kerana setiap nota-nota yang guru paparkan di hadapan akan terus berhubung dengan tablet kanak-kanak di meja yang telah disediakan khas tempat yang sepatutnya tablet mereka disambungkan di atas meja tersebut. Pada pendapat saya, ciri-ciri bilik darjah pada masa sangat baik kerana kanak-kanak tak perlu berjalan ke sana ke mari jika terdapat soalan yang guru ingin berikan kepada mereka.

3. Meja dalam bilik darjah sekolah telah direvolusikan kepada suatu meja yang canggih.



Jika hanya tablet sahaja yang menjadi suatu bahan yang berteknologi pada sekolah tersebut tidaklah sepadan kerana apabila kanak-kanak ini ingin menaip jawapan mereka pada itu sukar dilakukan kerana tablet tersebut kecil. Oleh itu, ciri-ciri yang seterusnya yang harus ada pada bilik darjah tersebut pada masa itu, meja kanak-kanak juga perlu direvolusikan pada masa itu ke arah teknologi dimana apabila kanak-kanak meletakkan tablet mereka di meja secara langsungnya "keyboard" (untuk kanak-kanak menaip) disediakan dengan pelbagai pilihan untuk menarik minat kanak-kanak untuk terus belajar.

4. Proses penghantaran maklumat atau bahan pengajaran guru atau pembelajaran kanak-kanak dilakukan dengan mudah.



ciri-ciri proses penghantaran maklumat, bahan bantu mengajar guru atau proses penghantaran pembelajaran  kanak-kanak seperti menghantar kerja sekolah pada waktu itu sangat mudah dalam bilik darjah. Dimana pada masa itu, kanak-kanak hanya perlu mengambil tablet mereka dan menghantar kerja sekolah mereka dengan melakukan satu langkah sahaja dimana hanya perlu mendekatkan tablet tersebut dan mengheret kerja sekolah mereka ke tablet guru mereka. Perubahan sistem dalam pembelajaran mereka bagi mendasari bidang teknologi dalam bilik darjah sekolah sangat baik untuk memudahkan semua kerja-kerja guru mahupun kanak-kanak serta ibubap kanak-kanak.

5. Semua kerja 'Eksperimen science' disekolah atau apa-apa sahaja boleh dilaksanakan dengan cepat.






ciri-ciri bilik darjah dalam pembelajaran kanak-kanak yang terakhir ialah guru-guru dan kanak-kanak hanya perlu melakukan ujikaji tersebut di kelas sahaja dan tidak perlu membawa bahan-bahan yang diperlukan dimana yang boleh menyusahkan kanak-kanak atau ibubapa kerana pada itu kesibukan ibubapa amat tinggi isunya sebab pada waktu itu kebanyakkannya semua sibuk dengan kerja serta teknologi yang semakin maju. contoh yang dapat saya jelaskan bagaimana ujikaji dilakukan boleh rujuk seperti yang kita lihat di gambar tersebut dimana kanak-kanak melakukan ujikaji berkaitan warna. jika pada masa dahulu kanak-kanak perlu membawa warna untuk melakukan ujikaji tersebut pada masa kini, kanak-kanak hanya perlu melakukan dengan bantuan teknologi yang disediakan dalam kelas.

       kesimpulannya, harapan saya ciri-ciri bilik darjah dalam pembelajaran kanak-kanak ini perlulah dipertingkatkan kerana pada sekarang masih banyak kekurangan dan banyak masalah yang dihadapi. Akan tetapi, jika dibandingkan dengan negara maju seperti Jepun ataupun Amerika sangat jauh beza dengan negara kita. Oleh itu, kita hendaklah mencedok terdapat beberapa perkara untuk menjadi panduan kita bagi sesuatu yang lebih baik berbanding pada sekarang kerana dengan penambahbaikkan yang baik dalam bilik darjah kanak-kanak ini ia boleh mewujudkan kanak-kanak yang kreatif serta berfikir aras tinggi dimana kita boleh lihat bakat atau kelebihan kanak-kanak yang boleh berfikiran maju ke hadapan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan